HappyJoblessGuy.com Panduan Menyara Hidup Tanpa Makan Gaji
If you find I am providing good advice, please make a donation, by cheque, bank transfer or Paypal.
15 November 2007
Rahsia Kegembiraan Tanpa Bekerja
Happy Jobless Guy merupakan cerita hidup saya dan juga panduan untuk sesiapa yang berhasrat menyara hidup tanpa makan gaji. Saya berharap laman web ini akan menjadi suatu inspirasi kepada sesiapa yang tengah mengganggur, yang baru kehilangan pekerjaan, ataupun gagal mencari kerja. Ia juga ditujukan kepada sesiapa yang sudah muak dengan kerjanya demi gaji sahaja.
Kisah Hidup Saya
Nama saya Tim. Pada 1hb November, 2007, yakni dua minggu yang laku, saya kehilangan kerja. Sekaligus, seluruh jabatan saya tutup kedai. Saya kehilangan kerja. Bos saya turut kehilangan kerja. Seorang lagi rakan sekerja dipindahkan. Kami diberi Pakej Pampasan. Syarikat itu juga memberikan bimbingan percuma 3 bulan agar seorang pakar konsultant dapat membantu kami kemaskinikan resume dan kebolehan mencari keruja.
Saya bekerja di situ dua bulan lagi genap sepuluh tahun. Tiba-tiba sahaja diberitahu tak payah kembali bekerja keesokan hari. Wah lau eh. Ketika bertemubual dengan konsultant kerjaya, dia kata, "Orang seperti awak yang dah begitu lama di syarikat yang sama, sering berapa penuh emosi apabila digugurkan secara mendadak. Sila maklumkan, bagaimanakan perasaan awak?" "Saya? Oh, saya penuh beremosi juga," saya kata, "Saya tak berhenti ketawa sampai ke bank!"
Sememangnya begitu. Saya tidak menganggap apa yang menimpa saya suatu malapetaka, sebaliknya terasa seperti durian runtuh. Rakan-rakan saya pula terbahagi kepada dua kumpulan - ada yang berkata betapa dukacitanya menerima berita "buruk" itu, apa pula yang berucap tahniah atas pampasan yang saya terima. Saya sendiri tak berasa hampa. Sekarang saya mesti melihat terus ke hadapan dan menganggapkan sesuatu yang cerah.
Bukan semua orang begitu. Ada yang akan berasa sangat malu dan terus rebah. Seperti tak ada tenaga nak bangun lagi. Mereka terasa seperti hentaman peribadi, dan tak dapat beredar dari kenyataan yang khidmat mereka tak lagi diperlukan. Seluruh hidup mereka tumpukan hanya kepada kerjaya, bila kerja yang ada itu dah tak ada lagi, dunia rasanya dah nak kiamat.
Kalaulah anda seorang yang dah hilang mata pencarian, jangan putus asa. Hidup ini bukan semata bekerja makan gaji. Sebenarnya, anda dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna sekiranya anda dapat menguasai destini anda. Apakah maksud saya?
Kalau kita tidak makan gaji, kita tidak perlu risau pukul berapa kita pergi tidur dan pukul berapa kita bangun. Kita tidak perlu buang masa di jalan raya, dan kita boleh mengambil cuti tanpa kebenaran doktor. Kalau kita pergi makan angin, kita tak perlu khuatir kerja kita akan bertimbun apabila kita kembali.
Baik, saya faham anda pasti terfikir, kalau tak ada kerja, mana ada duit. Kalau tak ada duit, semua pun tak bereslah. Ya, mencari duit merupakan isu yang mustahak. Itulah sebabnya saya tubuhkan laman web ini, agar saya dapat mengesyorkan cara yang paling canggih untuk menyara hidup tanpa bekerja. Yang terbaik, sesiapanya dapat melakukannya.
Sebelum saya terangkan, baik saya tunjukkan kepada anda betapa ruginya seseorang makan gaji. Pada kebiasaannya, seseorang yang makan gaji terpaksa keluar rumah pagi-pagi lagi, dan tidak pulang sehinggalah pukul enam mahupun tujuh. Seseorang itu terpaksa menyerahkan masa dan tenaganya, dua sumber yang terhad, demi mencari duit. Segala kenikmatan hidup terpaksa diselit kepada masa beberapa jam antara masa yang telah diluangkan untuk kerja. Masa untuk berhibur, bersenam dan sebagainya begitu terhad sekali. Yang pelik, mengapakah orang kaya mempunyai masa yang begitu banyak? Ketika orang yang sedang sibuk bekerja, mereka yang kaya raya tengah bermain golf, menjemur di pinggir pantai, menikmati segala kemewahan hidup - mengapakah mereka tidak perlu bekerja?
Saya yakin anda pun ada jawapannya: orang kaya tak makan gaji. Mengapa tidak? Sebabnya, orang kaya pemilik bisnes. Ya, kalau anda memiliki bisnes sendiri, anda akan menggaji orang lain untuk luangkan masa mereka bekerja untuk anda, oleh itu tak perlulah anda sendiri bekerja.
Saya sudah menyedari hakikatnya. Sesiapa yang mahu jadi kaya-raya perlu memiliki bisnes sendiri. Sememangnya begitu, dan terdapatpun banyak buku yang membincangkan hal ini. Sebagai contoh, baca "Ayah Kaya Ayah Miskin" (Rich Dad Poor Dad) hasil penulisan Robert Kiyosaki. Buku yang terkenal ini mudah didapati di kebanyakan kedai buku. Saya membaca buku ini pada tahun 2000, dan ia membuka mata saya kepada hakikat yang saya tak patut bergantung semata-mata kepada makan gaji dan perlu mencari peluang untuk memiliki bisnes saya sendiri.
Pada ketika itu, saya tak pasti apakah urusniaga yang sesuai untuk diri saya. Yang saya faham, kesemua bisnes memerlukan modal yang tinggi. Saya nak nampak banyak bisnes yang didirikan atas perancangan yang separuh masak terus muflis sebaik sahaja dimulakan. Rasanya berurusniaga bukanlah semudah yang dijangkakan. Lagipun, kalau saya tak mampu menggaji pekerja, apakah peluang untuk saya memiliki sesuatu bisnes?
Kemudiannya saya menemui MLM, yakni Multi-Level Marketing. Untuk seketika, saya amat cenderung padanya. Saya terus hubungi segala rakan dan member saya dari jauh dan dekat, dan cuba meyakinkan mereka agar menjadi ahli. Menerusi MLM, saya jangka saya akan dapat membentuk suatu angkatan tenaga kerja yang dapat bekerja untuk saya, supaya saya sendiri tak perlu bekerja. Memang kejayaan tak akan mendatang cara begini, dan tak lama pun saya dah sedar MLM tak sesuai untuk saya. Walau bagaimanapun, ia mengajar sesuatu konsep yang baru, yakni pendapatan pasif.
Pendapatan pasif merupakan keuntungan yang diperolehi secara tidak langsung. Pada segi MLM, pendapatan pasif dijangka terus datang walaupun pada masa anda tidak bekerja. Sebabnya ada orang lain yang bekerja mengganti anda, dan anda beroleh keuntungan buat hasil usaha mereka. Tetapi, apakah peluang saya mendapat pendapatan pasif kalau saya tidak mahu melibatkan diri dalam MLM? Setahu saya, ada dua cara. Kalau bukan orang lain yang bekerja, yang sudi bekerja terdapat dua: wang duit dan mesin. Kalau saya mahu wang bekerja untuk saya, saya perlu mempunyai wang kalau. Apa katanya kalau saya tidak mempunyai wang?
Dari ketika itulah baru saya sedar bahawa hanya terdapat satu pilihan: dapatkan mesin untuk bekerja untuk saya. Mesin ada kelebihannya kerana merka tidak letih, mereka tidak buat masalah, dan mereka tidak minta gaji. Tak seperti manusia, mesin tidak perlu diberi dorongan. Dalam usaha mencari mesin buat duit yang paling baik, saya temuinya dalam bentuk Internet.
Walaupun saya mula membina website sejak 1997, saya hanya memulakan website yang serious sejak 2003, apabila website saya yang pertama bernama AsiaExplorers dimulakan. Pada ketika itu, saya memulakannya untuk menghiburkan diri. Tetapi lambat laun AsiaExplorers menjadi semakin berjaya, dan ia menyedarkan saya yang ia dapat membantu saya mendapat duit. Saya mula memperolehi pendapatan pasif menerusi AsiaExplorers.
Satu faktor yang menghadkan perkembangan pendapatan pasif saya antara 2003 dan 2007 ialah kerana saya masih makan gaji. Oleh itu, masa saya terhad untuk diluangkan kepada laman web saya. Lagipun, pada masa itu saya masih agak mentah, dan banyak membazirkan peluang. Meskipun demikian, saya yakin sesiapa yang mahu berjaya tanpa makan gaji perlu fahami selok-belok Internet.
Jangan salah anggap. Internet bukan cara tunggal mendapat pendapatan pasif. Kalau anda sendiri tahu cara yang lain, teruskan dengannya. Bagi diri saya, saya fahami Internet, oleh itu Internetlah yang akan saya syorkan.
Beroleh keuntungan dari Internet bukanlah dengan cara skim piramid. Maksud saya, caranya adalah memulakan laman web yang berkualiti untuk masyarakat dan manusia sejagat. Laman web dapat memperkayakan kehidupan kita dengan membekalkan maklumat.
Mulakan suatu laman web yang bagus, dan ia ibarat mesin yang buat duit untuk anda. Pengajaran yang akan saya berikan amat penting, sama ada anda tengah menganggur, masih makan gaji mahupun impikan hidup tanpa bekerja. Hidup kita perlu diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Amatlah bazir kalau hidup kita semata-mata mencari duit sahaja. Kalau anda sedang mencari caranya untuk mendapat duit dari Internet, ikuti saya. Dalam bab-bab yang seterusnya, saya akan bincangkan apakah langkah-langkah yang perlu diambil. Harapan saya anda baca setiap artikel yang saya tulis. Untuk melakukannya dengan betul, anda perlu tahu langkahnya dulu. Saya sendiri membazirkan empat tahun, oleh itu harapan saya anda tidak sedemikian.
The Happy Jobless Guy's Way of Earning & Investing
If you wish to have a face-to-face conversation with me about my way of earning and investing, you make book an appointment with me - on the condition that it is done in Penang, and I do not have to travel far to meet up with you. I make myself available for one-hour sessions at RM100 per session. The purpose is to give you an insight of what I do which you may want to follow. I do not guarantee what I do will be applicable to you nor is it a session to share private details of my earnings and investments. It is to show you the things I do which you may want to consider for yourself. To book a session, contact me at the following email address:
No part of this website may be reproduced in any form without the written permission of the happyjoblessguy.com. If you have any questions, contact me at this email address.